Ni la punce knape kite sembahyang2 tp tak elok2 jugak perangai. huhu..Sesuke aku post artikel ni, aku pon sendiri tgh2 nak blaja ape yg aku post ni. Credit la untuk satu blog yg aku terjumpe secare x sengaje. Tq Farahin.

Nape la nak kene blaje sume ni? Tuhan kan tau maksud ayat tu, bwat ape kite pon nak tau? Bagi aku, ni la jalan untuk kite kusyuk dalam solat. Time solat adelah time kite berkomunikasi dgn tuhan kite…kecik ati tuhan sbb kite maen ckp je tp x paham ape kite ckp. Cammane tuhan nak layan kite? nak makbol doa kite kan? kan? Seelok-eloknye kite paham ape yg kite bace, supaye kite lebeh kusyuk dan bersunggoh bile solat. Insyaallah solat kite diterime, hajat dimakbolkan, pe’el bertambah elok, bahagie dunie akhirat. Amin~

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Rukuk
Maha suci Tuhanku yang maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Sujud
Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.
Duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.
Tahiyat awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya, sejahtera ke atas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Tahiyat akhir
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.  Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya. Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin. Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.  Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Harap dpt menolong aku dan korang. 😉

Advertisements